Thursday, 31 July 2014

Pertembungan Budaya

Ahli Kumpulan


Michelle Chai Hui Shien

Nuur Affila Binti Jeni

Amir Faizal Bin Saupi




Pengenalan

Secara amnya, pertembungan budaya (Bahasa Ingeris: "Cultural diversity; cultural clash, cultural conflict) membawa maksud "penemuan sesuatu cara hidup manusia yang berlainan dan berbeza."

Sekiranya berlakunya pertembungan budaya, konflik juga akan berlaku apabila nilai-nilai budaya dan kepercayaan yang berbeza bertembung.


"Pertembungan budaya juga boleh merujuk kepada mempunyai budaya menghormati perbezaan antara satu sama lain. Selain pertembungan budaya yang lebih jelas yang wujud antara manusia, seperti bahasa, pakaian dan tradisi, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam cara masyarakat mengatur diri mereka, dalam konsepsi mereka yang dikongsi bersama moral, dan dalam cara-cara mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Kepelbagaian budaya boleh dilihat sebagai sama dengan biodiversiti." Ungkapan di atas dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Cultural_diversity

dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan pengunaan "Google Translate" pada 5 hb Ogos 2014.


Definisi yang Lebih Luas Menurut Jonathan H. Turner, dalam bukunya Contemporary Sociological Theory; part VI, Structuralist and Cultural Theorizing; Early Structural and Cultural Theory, menyatakan bahawa "konflik budaya (pertembungan budaya) merupakan konflik disebabkan oleh perbezaan dalam nilai-nilai budaya dan kepercayaan yang meletakkan orang bertentangan dengan satu sama lain"


 Jonathan H. Turner (1942)
Profesor Sosiologi di Universiti California, Riverside
(gambar dipetik dari www.sociology.ucr.edu)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Pengenalan Pertembungan tidak akan berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi tidak mendapat tentangan dari budaya yang pengaruh."

ungkapan di atas dipetik dari
:

http://babacream0934.blogspot.com/2013_10_01_archive.html
http://www.slideshare.net/Mickgun/isu-pertembungan-budaya


_________________________________________________________________________________


Contoh-contoh pertembungan budaya




Seorang pelajar Malaysia dan sahabatnya yang berasal dari negara Jepun sedang menikmati hidangan mi segera di dalam bilik mereka.

Pelajar Jepun tersebut dengan tergesa-gesanya makan mi tersebut dengan berbunyi "ssurrrp! sssuuurrrpp!"

Pelajar Malaysia ternganga melihat tingkah laku pelajar Jepun tersebut.

Pelajar Jepun berhenti kehairanan. Pada pendapatnya, tidak ada sebarang kesalahan atau sesuatu yang janggal telah dilakukannya. Beliau memberitahu pelajar Malaysia beginilah masyarakat Jepun makan mi.


Pelajar Malaysia pun menunjukkannya bagaimana cara masyarakat Perancis makan mi. Beliau makan mi dengan perlahan-lahan dan tidak membuat bunyi tersebut.


Masyarakat Jepun mengamalkan budaya sebegini sebagai suatu kehormatan dan perhargaan terhadap makanan yang dihidangkan. Bagi masyarakat Jepun, makan mi dengan menghasiklan bunyi membawa maksud makanan tersebut enak.


Perbezaan sebeginilah dipanggil pertembungan budaya.





Contoh Pertembungan Budaya antara Kaum di Malaysia



Kamil sedang membeli beberapa biji buah-buahan di pasaraya kerana Kamil akan melawat rakan sekelasnya, Wei Cheng yang terlantar di sebuah hospital.

Kamil tertarik dengan pir-pir yang segar dan wangi. Dengan keikhlasannya untuk membawa buah tangan untuk rakannya, Kamil pun telah membeli beberapa biji pir tersebut.


Sewaktu di hospital, Kamil membawa pir yang dibelinya ke bilik Wei Cheng. Kamil pasti Wei Cheng akan gembira melihat Kamil datang dengan buah tangan.


Dengan tidak disangka-sangkakan, Wei Cheng terkejut dan ternanga dengan buah hadiah Kamil. Kamil pun kehairanan.


Katanya Wei Cheng, menurut pantang larang kaum cina, menghadiahi pir ketika melawat orang sakit di hospital adalah simbol bahawa pesakit akan mati. Dengan segeranya, Kamil meminta maaf atas ketidakfahamannya. Walaubagaimanapun, Wei Cheng menerima buah tangan tersebut dengan hati terbuka kerana Wei Cheng menghargai keikhlasan sahabatnya. Kamil mengambil iktibar ini sebagai sesuatu pengajaran baru dan tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi. Perbezaan sebeginilah dipanggil pertembungan budaya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------