Monday, 22 September 2014

Faktor-faktor Menyebabkan Pertembungan Budaya


             "budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran                                                         dan akal budi "  

     Faktor-faktor Menyebabkan Pertembungan  Budaya



       Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa . Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.

(Dipetik dari http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/)

 PERDAGANGAN

Pertembungan budaya telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Contohnya zaman sebelum kemerdekaan Malaysia iaitu di Melaka. Pedagang-pedagang luar iaitu pedagang cina dan pedagang arab telah datang ke   Melaka untuk berdagang. Mereka telah membawa barang-barang baru dan budaya mereka ke Tanah Melayu. Penduduk-penduduk Melaka telah terpengaruh dengan bahasa dan budaya mereka. Contohnya perkataan abadi, doa, akhirat, hadiah, hujah, wasiat, khas dan kisah yang telah diambil dari bahasa arab.       Selain itu barang-barangan seperti sutera, tembikar dan teh merupakan pengaruh dari pedagang cina.





PERKEMBANGAN AGAMA

Pada awalnya, kedatangan pedagang arab ke Tanah Melayu ialah untuk berdagang tetapi mereka juga membawa tanggungjawab untuk menyebarkan agama islam. Biasanya pendakwahan ini dijalankan dikalangan pedagang-pedagang. Pengislaman beramai-ramai yang telah dilakukan oleh pendakwah arab telah mewujudkan pertembungan budaya. Contohnya, sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu mengamalkan kepercayaan animisme di mana mereka mempercayai bahawa semua benda di dalam dunia mempunyai roh.




Manakala pengaruh agama hindu telah mempengaruhi budaya tempatan seperti persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras.Asalnya adat ini merupakan adat masyarakat hindu tetapi masyarakat melayu juga telah mengamalkannya.




PENJAJAHAN


Penjajahan yang berlaku pada zaman dahulu telah memberi impak kepada masyarakat sekarang. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa buah negara seperti Jepun, Belanda, Portugis dan Inggeris. Masyarakat majmuk diwujudkan ketika penjajahan British. Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat india, cina, melayu, iban dan sebagainya. Masyarakat-masyarakat ini telah bergaul untuk masa yang lama yang menyebabkan pertembungan buudaya. Contohnya dari segi bahasa, "jom kita cau" , "pokai" yang merupakan bahasa hokkien tetapi sering digunakan oleh mayarakat yang berbangsa lain. Selain itu, dari segi pemakaian yang mempunyai gaya campuran dari bangsa lain.Contohnya kebaya melayu tetapi telah dipendekkan seperti pakaian baba dan nyonya dan lain-lain.

  
                                         



HUBUNGAN DIPLOMATIK

Malaysia telah mejalinkan hubungan diplomatik dengan banyak nrgara. Akibat dari hubungan ini, pertembungan budaya telah terjadi. Contohnya, dari segi media massa. Di Malaysia, banyak rancangan-rancangan luar negara disiarkan. Ini menyebabkan masyarakat tempatan terpengaruh dengan budaya luar. Contohnya gaya pemakaian yang seksi dan ketat, gaya percakapan dan gaya kehidupan yang liar. 

                                

Selain itu, dari segi ekonomi pula Malaysia telah mengambil pekerja buruh asing dari luar. Buruh asing ini menetap di Malaysia dan telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Ini telah menyebabkan pertembungan budaya terjadi. Budaya tempatan telah bercampur dengan budaya luar apabila perkahwinan ini terjadi. Akibatnya, suasana budaya yang diamalkan di rumah akan bertembung. Ini akan menyebabkan anak-anak mereka terpengaruh dan akan membawa budaya yang baru ke masyarakat.

                              


IMPERIALISME

Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh atau wilayah. Dari segi politik, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang drastik disebabkan imperialisme.

Kesan daripada imperialisme barat dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat kita. Pada era zaman 50 dan 60 an, revolusi muzik berlaku dalam negara kita di mana POP YEH YEH telah diperkenalkan. Muzik tempatan telah dipinggirkan apabila masyarakat kita beralih kepada POP YEH YEH ini. Perkara ini berterusan sehingga hari ini. Selain itu penggunaan bahasa portugis akibat imperialisme portugis. Penggunaan perkataan sudu, garfu, tuala, dan almari yang kita guna sehingga kini adalah pencedokan perkataan-perkataan Portugis yang kita adaptasikan ke dalam bahasa kita. 

                                            

PROSES MIGRASI

Malaysia ialah negara yang mempunyai sejarah yang panjang dalam isu pelarian. Sejarah ini bermula apabila pelarian Vietnam (1975) melarikan diri daripada pemerintahan komunis sebaik Perang Vietnam pada April 1975 tamat melalui laut dan tersadai di pantai Malaysia. Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam telah berlindung di khemah pelarian di sebuah pulau kecil di Terengganu iaitu Pulau Bidong sebelum kebanyakan mereka diterima di negara ketiga termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway. Selain itu, rejim Pol Pot juga (1975-1979) di Kemboja juga telah berpindah ke Malaysia dan Thailand. Hal ini telah mengakibatkan pertembungan budaya.

                                 


NASIONALISME


Nasionalisme ialah semangat atau cinta akan negara dan bangsa. Dengan kata lain, gerakan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan dari segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing. Apabila sesuatu kaum kaum berhijrah atau menjajah ke tempat yang baru, semangat nasionalisme mereka yang tinggi akan mempengaruhi budaya atau bahasa di tempat yang baru.



Rumusan


 Tuntasnya, semua faktor-faktor yang menyebabkan pertembungan budaya membawa kesan kepada budaya kita hari ini.  Pertembungan budaya dan adat resam orang zaman dahulu dengan zaman sekarang ini telah mencetuskan konflik. Budaya sekarang semakin berubah selaras dengan kemajuan negara.Tanpa semua faktor-faktor ini mungkin gaya kehidupan dan gaya hidup kita berbeza pada hari ini. Kesan dari faktor-faktor pertembungan budaya ini membawa kesan yang buruk dan baik. Terpulang kepada diri sendiri untuk memilih pengaruh yang baik atau tidak. Sesetengah budaya luar ini boleh dimanfaatkan seperti budaya Jepun yang memang sudah dikenali dengan budaya nya yang begitu menghormati orang lain. Manakala budaya yang tidak baik haruslah dijadikan iktibar bukannya menjadi ikutan. Bak kata pepatah, "buang yang keruh, ambil yang jernih".


Rujukan

http://www.nccccurricula.info/resources_mod1_clip1.html

http://www.itbm.com.my/news/detail/pertembungan_budaya_dan_adat_resam/

http://georgiannageorgepeter.blogspot.com/2013/03/minggu-3-1-pertembungan-bahasa-dan.html

https://www.google.com.my/search?q=google+image&espv=2&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=4Q0FVO6FOoXe8AXO64LYAw&ved=0CAYQ_AUoAQ&biw=911&bih=445&dpr=1.5


Monday, 1 September 2014

Isu Pertembungan Budaya

ISU PERTEMBUNGAN BUDAYA

PENGARUH FESYEN


                Fesyen adalah salah satu daripada isu yang sangat kuat pengaruhnya. Pengaruh ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Boleh dikatakan hampir 70% pengaruh ini merebak di Malaysia. Mengikut kajian, hampir seluruh Malaysia dipengaruhi oleh budaya barat terutamanya dari segi budaya pemakaian. Budaya pemakaian barat yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Kebanyakkan pemakaian budaya barat mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi. Mengamalkan gaya hidup moden merupakan salah satu punca seseorang itu meniru fesyen-fesyen barat. Meraka lebih gemar mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Pakaian tradisional telah dianggap lapuk ditelan zaman oleh mereka. Pada hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat dek kerana imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli.  ( Venoshaa, August 2012)






-Contoh Pengaruh Fesyen Barat-
(gambar dipetik dari http://www.klpac.org/wp-content/uploads/2011/11/malaysian-girls-2.jpg pada 21:21; 31.08.2014)

               Pada zaman teknologi yang semakin hari semakin canggih ini pula, telah timbul suatu budaya baru. Iaitu budaya timur yang lebih dikenali sebagai budaya 'K-Pop'. Pengaruh ini boleh dikatakan lebih ketara berbanding pengaruh barat. Apabila timbulnya budaya timur ini, budaya barat semakin hari semakin luntur, namun masih ada masyarakat yang mengamalkannya. Budaya ini berbeza sedikit berbanding budaya barat terutamanya dari segi pemakaian dan fesyen. Sekiranya diperhatikan secara rawak, budaya ini boleh dilihat melalui cara pemakaian kaum lelaki yang jelas menampakkan perubahan. Contoh pengaruh yang mudah dilihat ialah gaya fesyen rambut dan pemakaian seluar berkaki kecil.





-Contoh budaya K-Pop-


MAKANAN DAN MINUMAN BARAT

               Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa dalam masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Bukti yang paling dekat dengan kita ialah ramai dikalangan anak-anak muda masa kini tidak mengenali makanan tradisi. Hal ini kerana mereka telah didedahkan dengan cara pemakanan barat sejak dari awal. Dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini terutamanya golongan remaja lebih gemar dengan jenama makanan seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan minuman seperti Pepsi, Coca-cola dan sebagainya. Mereka merasakan pengambilan makanan dan minuman segera sebagai lambang gaya hidup moden tanpa menyedari bahawa  ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.








-Contoh makanan barat-




-Contoh jenama makanan barat-


PENGARUH PERGAULAN BEBAS


               Filem Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun telah menjadi faktor penyebab kepada masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di negara kita. Kebanyakkan filem ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau dengan istilah yang paling mudah ialah melakukan maksiat. Keadaan ini telah menyebabkan remaja yang menonton tayangan tersebut akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina tanpa mereka sedari bahawa mereka sebenarnya telah mencemarkan imej bangsa, negara dan agama.



               Selain itu,masalah ini semakin menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut ilmu di perantauan seperti United Kingdom membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air. Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina dan batas agama, menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas. Keadaan seperti ini menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi yang semakin meningkat serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini yang semakin hari semakin parah.



-Contoh pergaulan bebas-


PENGARUH CARA PERCAKAPAN

              Pada zaman yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, banyak bahasa barat telah bercampur dengan bahasa kita. Sebagai tamsilannya ialah " Minggu depan kita pergi shopping.". Hal ini membuktikan bahawa betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa Melayu yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru. Kadang-kadang sesetengah orang yang bercakap menggunakan bahasa baku dipulau kerana mereka dianggap tidak maju seiring dengan arus kemajuan global  

              Sebenarnya, percampuran bahasa yang digunakan bukanlah sesuatu yang buruk atau salah, kerana bahasa barat lebih kerap digunakan. Namun cara percakapan yang kasar dan negatif turut dicampur ke dalam bahasa Melayu kita. Kebanyakkan golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri kononnya mereka sudah matang, padahal mereka tidak sedar bahawa mereka akan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri.

              Kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita kerana kesantunan bahasa mencerminkan identiti sesebuah bangsa dan negara. Di samping itu, hal ini sangat penting untuk mengekalkan amalan tradisional kita supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.

RUMUSAN


              Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini khususnya di negara kita. Salah satu sasaran utama pengaruh ini ialah generasi muda. Serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat pada hari ini merupakan kesan yang amat membimbangkan. Golongan pemuda hari ini yang sentiasa mengejar gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat semakin ramai. Contoh yang amat ketara ialah memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, golongan muda kebanyakkannya tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, sama ada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah menerapkan sifat negatif dalam sanubari kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.



Rujukan
http://www.answers.com/Q/How_did_western_culture_influence_the_Malay  diakses pada 13:12; 31.08.2014
http://ligne13.maisondesculturesdumonde.org/sites/default/files/fichiers_attaches/chopyak-2007.pdf diakses pada 13:15; 31.08.2014
http://www.studymode.com/essays/Western-Culture-Has-Brought-More-Negative-1065205.html diakses pada 14:21; 31.08.2014