PENGARUH FESYEN
Fesyen adalah salah satu daripada isu yang sangat kuat pengaruhnya. Pengaruh ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Boleh dikatakan hampir 70% pengaruh ini merebak di Malaysia. Mengikut kajian, hampir seluruh Malaysia dipengaruhi oleh budaya barat terutamanya dari segi budaya pemakaian. Budaya pemakaian barat yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Kebanyakkan pemakaian budaya barat mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi. Mengamalkan gaya hidup moden merupakan salah satu punca seseorang itu meniru fesyen-fesyen barat. Meraka lebih gemar mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Pakaian tradisional telah dianggap lapuk ditelan zaman oleh mereka. Pada hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat dek kerana imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli. ( Venoshaa, August 2012)
-Contoh Pengaruh Fesyen Barat-
(gambar dipetik dari http://www.klpac.org/wp-content/uploads/2011/11/malaysian-girls-2.jpg pada 21:21; 31.08.2014)
(gambar dipetik dari http://www.klpac.org/wp-content/uploads/2011/11/malaysian-girls-2.jpg pada 21:21; 31.08.2014)
Pada zaman teknologi yang semakin hari semakin canggih ini pula, telah timbul suatu budaya baru. Iaitu budaya timur yang lebih dikenali sebagai budaya 'K-Pop'. Pengaruh ini boleh dikatakan lebih ketara berbanding pengaruh barat. Apabila timbulnya budaya timur ini, budaya barat semakin hari semakin luntur, namun masih ada masyarakat yang mengamalkannya. Budaya ini berbeza sedikit berbanding budaya barat terutamanya dari segi pemakaian dan fesyen. Sekiranya diperhatikan secara rawak, budaya ini boleh dilihat melalui cara pemakaian kaum lelaki yang jelas menampakkan perubahan. Contoh pengaruh yang mudah dilihat ialah gaya fesyen rambut dan pemakaian seluar berkaki kecil.
-Contoh budaya K-Pop-
MAKANAN DAN MINUMAN BARAT
Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa dalam masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Bukti yang paling dekat dengan kita ialah ramai dikalangan anak-anak muda masa kini tidak mengenali makanan tradisi. Hal ini kerana mereka telah didedahkan dengan cara pemakanan barat sejak dari awal. Dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini terutamanya golongan remaja lebih gemar dengan jenama makanan seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan minuman seperti Pepsi, Coca-cola dan sebagainya. Mereka merasakan pengambilan makanan dan minuman segera sebagai lambang gaya hidup moden tanpa menyedari bahawa ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.
-Contoh makanan barat-
-Contoh jenama makanan barat-
PENGARUH PERGAULAN BEBAS
Filem Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun telah menjadi faktor penyebab kepada masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di negara kita. Kebanyakkan filem ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau dengan istilah yang paling mudah ialah melakukan maksiat. Keadaan ini telah menyebabkan remaja yang menonton tayangan tersebut akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina tanpa mereka sedari bahawa mereka sebenarnya telah mencemarkan imej bangsa, negara dan agama.
Selain itu,masalah ini semakin menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut ilmu di perantauan seperti United Kingdom membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air. Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina dan batas agama, menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas. Keadaan seperti ini menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi yang semakin meningkat serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini yang semakin hari semakin parah.
-Contoh pergaulan bebas-
PENGARUH CARA PERCAKAPAN
Pada zaman yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, banyak bahasa barat telah bercampur dengan bahasa kita. Sebagai tamsilannya ialah " Minggu depan kita pergi shopping.". Hal ini membuktikan bahawa betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa Melayu yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru. Kadang-kadang sesetengah orang yang bercakap menggunakan bahasa baku dipulau kerana mereka dianggap tidak maju seiring dengan arus kemajuan global
Sebenarnya, percampuran bahasa yang digunakan bukanlah sesuatu yang buruk atau salah, kerana bahasa barat lebih kerap digunakan. Namun cara percakapan yang kasar dan negatif turut dicampur ke dalam bahasa Melayu kita. Kebanyakkan golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri kononnya mereka sudah matang, padahal mereka tidak sedar bahawa mereka akan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri.
Kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita kerana kesantunan bahasa mencerminkan identiti sesebuah bangsa dan negara. Di samping itu, hal ini sangat penting untuk mengekalkan amalan tradisional kita supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.
RUMUSAN
Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini khususnya di negara kita. Salah satu sasaran utama pengaruh ini ialah generasi muda. Serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat pada hari ini merupakan kesan yang amat membimbangkan. Golongan pemuda hari ini yang sentiasa mengejar gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat semakin ramai. Contoh yang amat ketara ialah memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, golongan muda kebanyakkannya tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, sama ada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah menerapkan sifat negatif dalam sanubari kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.
RUMUSAN
Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini khususnya di negara kita. Salah satu sasaran utama pengaruh ini ialah generasi muda. Serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat pada hari ini merupakan kesan yang amat membimbangkan. Golongan pemuda hari ini yang sentiasa mengejar gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat semakin ramai. Contoh yang amat ketara ialah memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, golongan muda kebanyakkannya tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, sama ada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah menerapkan sifat negatif dalam sanubari kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.
Rujukan
http://www.answers.com/Q/How_did_western_culture_influence_the_Malay diakses pada 13:12; 31.08.2014
http://ligne13.maisondesculturesdumonde.org/sites/default/files/fichiers_attaches/chopyak-2007.pdf diakses pada 13:15; 31.08.2014
http://www.studymode.com/essays/Western-Culture-Has-Brought-More-Negative-1065205.html diakses pada 14:21; 31.08.2014
TERIMA KASIH Admin..... sangat membantu
ReplyDeleteSlots Games Online for Free or Real Money
ReplyDelete› › Casino › Casinos 의정부 출장마사지 › › Casino › 의정부 출장샵 Casinos Play online slots for real money right from your computer or 청주 출장마사지 smartphone. Or play 남양주 출장샵 for free at a safe & secure 창원 출장마사지 gaming environment.