"budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi "
Faktor-faktor Menyebabkan Pertembungan Budaya

Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa . Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.
(Dipetik dari http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/)
PERDAGANGAN
Pertembungan budaya telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Contohnya zaman sebelum kemerdekaan Malaysia iaitu di Melaka. Pedagang-pedagang luar iaitu pedagang cina dan pedagang arab telah datang ke Melaka untuk berdagang. Mereka telah membawa barang-barang baru dan budaya mereka ke Tanah Melayu. Penduduk-penduduk Melaka telah terpengaruh dengan bahasa dan budaya mereka. Contohnya perkataan abadi, doa, akhirat, hadiah, hujah, wasiat, khas dan kisah yang telah diambil dari bahasa arab. Selain itu barang-barangan seperti sutera, tembikar dan teh merupakan pengaruh dari pedagang cina.


PERKEMBANGAN AGAMA
Pada awalnya, kedatangan pedagang arab ke Tanah Melayu ialah untuk berdagang tetapi mereka juga membawa tanggungjawab untuk menyebarkan agama islam. Biasanya pendakwahan ini dijalankan dikalangan pedagang-pedagang. Pengislaman beramai-ramai yang telah dilakukan oleh pendakwah arab telah mewujudkan pertembungan budaya. Contohnya, sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu mengamalkan kepercayaan animisme di mana mereka mempercayai bahawa semua benda di dalam dunia mempunyai roh.

Manakala pengaruh agama hindu telah mempengaruhi budaya tempatan seperti persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras.Asalnya adat ini merupakan adat masyarakat hindu tetapi masyarakat melayu juga telah mengamalkannya.
Pada awalnya, kedatangan pedagang arab ke Tanah Melayu ialah untuk berdagang tetapi mereka juga membawa tanggungjawab untuk menyebarkan agama islam. Biasanya pendakwahan ini dijalankan dikalangan pedagang-pedagang. Pengislaman beramai-ramai yang telah dilakukan oleh pendakwah arab telah mewujudkan pertembungan budaya. Contohnya, sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu mengamalkan kepercayaan animisme di mana mereka mempercayai bahawa semua benda di dalam dunia mempunyai roh.
Manakala pengaruh agama hindu telah mempengaruhi budaya tempatan seperti persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras.Asalnya adat ini merupakan adat masyarakat hindu tetapi masyarakat melayu juga telah mengamalkannya.
PENJAJAHAN
Penjajahan yang berlaku pada zaman dahulu telah memberi impak kepada masyarakat sekarang. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa buah negara seperti Jepun, Belanda, Portugis dan Inggeris. Masyarakat majmuk diwujudkan ketika penjajahan British. Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat india, cina, melayu, iban dan sebagainya. Masyarakat-masyarakat ini telah bergaul untuk masa yang lama yang menyebabkan pertembungan buudaya. Contohnya dari segi bahasa, "jom kita cau" , "pokai" yang merupakan bahasa hokkien tetapi sering digunakan oleh mayarakat yang berbangsa lain. Selain itu, dari segi pemakaian yang mempunyai gaya campuran dari bangsa lain.Contohnya kebaya melayu tetapi telah dipendekkan seperti pakaian baba dan nyonya dan lain-lain.

HUBUNGAN DIPLOMATIK
Malaysia telah mejalinkan hubungan diplomatik dengan banyak nrgara. Akibat dari hubungan ini, pertembungan budaya telah terjadi. Contohnya, dari segi media massa. Di Malaysia, banyak rancangan-rancangan luar negara disiarkan. Ini menyebabkan masyarakat tempatan terpengaruh dengan budaya luar. Contohnya gaya pemakaian yang seksi dan ketat, gaya percakapan dan gaya kehidupan yang liar.


Selain itu, dari segi ekonomi pula Malaysia telah mengambil pekerja buruh asing dari luar. Buruh asing ini menetap di Malaysia dan telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Ini telah menyebabkan pertembungan budaya terjadi. Budaya tempatan telah bercampur dengan budaya luar apabila perkahwinan ini terjadi. Akibatnya, suasana budaya yang diamalkan di rumah akan bertembung. Ini akan menyebabkan anak-anak mereka terpengaruh dan akan membawa budaya yang baru ke masyarakat.

IMPERIALISME
Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh atau wilayah. Dari segi politik, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang drastik disebabkan imperialisme.
Kesan daripada imperialisme barat dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat kita. Pada era zaman 50 dan 60 an, revolusi muzik berlaku dalam negara kita di mana POP YEH YEH telah diperkenalkan. Muzik tempatan telah dipinggirkan apabila masyarakat kita beralih kepada POP YEH YEH ini. Perkara ini berterusan sehingga hari ini. Selain itu penggunaan bahasa portugis akibat imperialisme portugis. Penggunaan perkataan sudu, garfu, tuala, dan almari yang kita guna sehingga kini adalah pencedokan perkataan-perkataan Portugis yang kita adaptasikan ke dalam bahasa kita.


PROSES MIGRASI

NASIONALISME
Nasionalisme ialah semangat atau cinta akan negara dan bangsa. Dengan kata lain, gerakan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan dari segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing. Apabila sesuatu kaum kaum berhijrah atau menjajah ke tempat yang baru, semangat nasionalisme mereka yang tinggi akan mempengaruhi budaya atau bahasa di tempat yang baru.
Rumusan
Tuntasnya, semua faktor-faktor yang menyebabkan pertembungan budaya membawa kesan kepada budaya kita hari ini. Pertembungan budaya dan adat resam orang zaman dahulu dengan zaman sekarang ini telah mencetuskan konflik. Budaya sekarang semakin berubah selaras dengan kemajuan negara.Tanpa semua faktor-faktor ini mungkin gaya kehidupan dan gaya hidup kita berbeza pada hari ini. Kesan dari faktor-faktor pertembungan budaya ini membawa kesan yang buruk dan baik. Terpulang kepada diri sendiri untuk memilih pengaruh yang baik atau tidak. Sesetengah budaya luar ini boleh dimanfaatkan seperti budaya Jepun yang memang sudah dikenali dengan budaya nya yang begitu menghormati orang lain. Manakala budaya yang tidak baik haruslah dijadikan iktibar bukannya menjadi ikutan. Bak kata pepatah, "buang yang keruh, ambil yang jernih".
Rujukan
http://www.nccccurricula.info/resources_mod1_clip1.html
http://www.itbm.com.my/news/detail/pertembungan_budaya_dan_adat_resam/
http://georgiannageorgepeter.blogspot.com/2013/03/minggu-3-1-pertembungan-bahasa-dan.html
https://www.google.com.my/search?q=google+image&espv=2&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=4Q0FVO6FOoXe8AXO64LYAw&ved=0CAYQ_AUoAQ&biw=911&bih=445&dpr=1.5
No comments:
Post a Comment